Thursday 12 September 2013

Hidup mesti terus

Rasanya lebih 2 bln dh x meng'update gambar2 kek. Mcm2 isu semasa yg hangat timbul kan. Kemalangan bas la,suami belasah isteri la, remaja lari dari rumah la, bayi di dera pengasuh. Tp yg paling hangat semestinya isu minyak. Bila dunia di hujung jari, ramai le yg jd keyboard worrior.
Mcm2 pendapat yg blh di dengar. Suara hati rakyat. Moga2 di beri perhatian oleh pemimpin sblm bajet 2014 di bentangkan.

Apa pn, hidup mesti terus. Hidup mau seimbang. Jgn ada pulak yg hanya menadah tanpa memberi. Usaha selagi terdaya (Peringatan utk diri sendiri juga).

Ok la. Bwh ni sy update gambaq2 kek yg sy sy dh buat sblm ni. Jom! cuci mata ^_^


Kek batik. Special request dr Cik Pah
 

Raya cake vs b'day cik abe. Carrot cake order by Shaliza Dawood 


 Hantaran with gold theme. Order by Kak Zarina


Hantaran Pertunangan Pa'an & Sepiza 


Untuk rumah terbuka. Tq kak Yus 


 Untuk saudara mara di kampung


 For Kak Yus lovely daughter b'day


 For Adelina's order 
 

For my office open house
 

For Anuar & Co. open house


Tuesday 10 September 2013

4/11/1940 ~ 8/9/2013 - Nenda Zainab binti Yaacob

Aku:  Tok, Ina nk p dh ni, tok nk kirim apa?
Nenda: Tok xmau apa2 pn..belikan buah pelam cukup la..
Aku: Tok nk yg dh masak ke @ yg muda?
Nenda: Tak kisah la apa2 pn..janji pelam.

Rupa2nya itu la perbualan terakhir aku dgn tok. Lps balik dr bercuti tok dh x blh bercakap. Smpai ke hujung nyawa keesokan hari nya. X sempat pn nk rasa buah pelam yang kami bwk balik.

Xkan dengar lagi suara garang tok yang memarahi cucu2nya yg berlari2
Xkan ada lagi gelak tawa tok yang riang di kala bercerita
Xkan ada lagi inai yang di giling untuk cucu2 perempuannya di pagi raya
Xkan dpt merasa lagi ketupat palas tok yang sedap
Xkan ada lagi orang yang mengirim butter untuk persediaan biskut raya setiap tahun
Xkan ada lg suara tok yang meminta ku buatkan kek oren kesukaannya setiap kali raya

Aku bersyukur kerana dpt berada di sisinya hingga akhir hayat.
Hari ni genap 3 hari pemergian tok. Semoga arwah tenang di sana. Semoga roh nya dicucuri rahmat.
 
 
Al-Fatihah buat nendaku, Almarhumah Zainab binti Yaacob..