Tuesday 10 September 2013

4/11/1940 ~ 8/9/2013 - Nenda Zainab binti Yaacob

Aku:  Tok, Ina nk p dh ni, tok nk kirim apa?
Nenda: Tok xmau apa2 pn..belikan buah pelam cukup la..
Aku: Tok nk yg dh masak ke @ yg muda?
Nenda: Tak kisah la apa2 pn..janji pelam.

Rupa2nya itu la perbualan terakhir aku dgn tok. Lps balik dr bercuti tok dh x blh bercakap. Smpai ke hujung nyawa keesokan hari nya. X sempat pn nk rasa buah pelam yang kami bwk balik.

Xkan dengar lagi suara garang tok yang memarahi cucu2nya yg berlari2
Xkan ada lagi gelak tawa tok yang riang di kala bercerita
Xkan ada lagi inai yang di giling untuk cucu2 perempuannya di pagi raya
Xkan dpt merasa lagi ketupat palas tok yang sedap
Xkan ada lagi orang yang mengirim butter untuk persediaan biskut raya setiap tahun
Xkan ada lg suara tok yang meminta ku buatkan kek oren kesukaannya setiap kali raya

Aku bersyukur kerana dpt berada di sisinya hingga akhir hayat.
Hari ni genap 3 hari pemergian tok. Semoga arwah tenang di sana. Semoga roh nya dicucuri rahmat.
 
 
Al-Fatihah buat nendaku, Almarhumah Zainab binti Yaacob..

2 comments: